Saturday, 1 June 2013

~Isu AuRaT-gADis LiBeRAL..

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


Sumber: Informasi My | Layari Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Thursday, 24 January 2013

Bi'ah Solehah, Ohsem!!!

                                        Assalamualaikum. Salam Sayyidul Ayyam.. :)


Alhamdulillah semalam dh berakhir induction utk semua comittee2 kt CFS IIUM Gombak sem 3 nie.. Banyak yg nak dikongsikan tentang program yg berlangsung.. Tp xpela,share sikit2 je lah.. :) Ade 1 slot yg disampaikan oleh wakil MRC iaitu dari Bro. Muzammil dgn tajuk yg cukup dekat dgn khidupan pelajar2 di UIA nie iaitu "BI'AH SOLEHAH.." Sebenarnya tujuan slot tu diadakn pn utk menerapkn lg suasana Bi'ah solehah kt mahallah maryam nie.. :).


Gambar kt atas nie adalah contoh2 tentang Bi'ah solehah, iaitu persekitaran yg baik yg akan mendidik kita menjadi baik.. Kiranya kalau contoh dlm suasana kehidupan kita sekarang nie adalah apabila kita melihat seseorang itu membuat perkara mungkar, akan terasa janggal. Dan apabila kita melihat seseorang itu membuat kebaikan, akan terasa cemburu. Kita pun nak jugak buat. :)

Bro. Muzammil ada memberi 1 analogi iaitu : Apa akan terjadi apabila secawan air dimasukkan ke dalam peti sejuk beku yang mengandungi beberapa ekor ikan?.. Jawapannya mestilah air akan berbau ikan, betul tak?..
Jadinya itu membuktikan persekitaran sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang, dan betapa pntingnya Bi'ah solehah dalam membentuk peribadi seseorang muslim itu.

 

Kenapa perlunya Bi'ah solehah nie? Pertamanya untuk amar ma'aruf nahi munkar. 
Ok, nak tanya 1 soalan.. Mana lebih senang nk buat, buat kebaikan atau mencegah kemungkaran??..haaa. Ada org ckp mncegah kemungkaran lg senang,buat kebaikan lg susah.. Tp sebenarnya, mncegah kemungkaran lah lg susah betul tak?,, contohnya, kita nak buat kebaikan dgn ajak kwn kite gi solat bjemaah. " Mira, jom gi solat kt surau.." tp tak semestinya dia akan ikut kite kn.. Bila2 masa pn kite boleh buat kebaikn.. Tp kalau nak cegah kemungkaran?, susaaah sgt. Contoh, time kite jalan2 tiba2 terserempak dgn org yg tgh 'dating'.. Kalau kite berani, tegurla.. Tp selalunya susah sgt nk tegur..Walaupn tu orang yg kite kenal.. Betul tak.. Jd sbagai pnyelesaiannya, yang senang kite teruskan, yang susah tu kite cuba senangkan..:)

Ok, yang keduanya untuk mengukuhkan hablumminallah & hablumminannas.

Dan yang terakhirnya untuk mndapat keberkatan dr Allah..:)



..ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS..



 Atau dalam bahasa arabnya, QUDWAH QABLA DAKWAH.. Kadang2 dalam khidupan kite sekarang ni, perbuatan kite akan lebih dinilai berbanding nasihat kite.. Masyarakat sering melihat siapa yg memberi, bukan apa yang diberi.. Itulah realiti kehidupan sekarang.. Sejajar dengan itulah pentingnya kite memperbaiki diri kite dulu dlm masa yg sama memperbaiki orang lain.. Sebab kadang2 prbuatan baik kite jarang diingati tetapi sekali kite berbuat jahat, mungkin akan diingati smpai bila2.. Jadi marilah kite sama2 cuba memperbaiki diri agar Bi'ah solehah  lebih senang utk diwujudkan  dlm sesuatu komuniti tu.. :)

..HATI & MINDA..

Minda kena sentiasa positif.. Contohnya, kita jangan cakap "sya tak nak tidur lepas subuh." Sepatutnya kita cakap "sya akan segar lepas subuh.." :). THINK positive, BE positive, and ACT positive.. Lupakan masa silam yang hitam.

..AURAT..

Jagalah aurat..:), Rasenye tak perlu kot nk ckp yg mana aurat masing2,, Semua dh sepatutnya tahu..

..3S ( Senyum, Sapa, Salam )..


Cuba amalkan.. :)


Rasenye tu je kot perkongsian setakat nie.. :)

Bi'ah Solehah, Ohsem!!!! :D




Thursday, 3 January 2013

~ HakikaT BaHAgiA ~

   Assalamualaikum w.b.t..

Tiba2 teringat kenangan time kat PLKN dulu.. Bersama sahabatku Fatin Nabila Mudzir.. :) ( rindu sahabatku itu. ) 
Tengah bosan menunggu arahan seterusnya oleh jurulatih, kami duduk bersama di satu sudut meja.. Sedih tengok orang lain yang bergelak ketawa tanpa menjaga ikhtilat sesama mereka..Hmmm. xpela, tak payah la cerita pasal tu..
Apa yang nak diceritakan kat sini adalah tentang HAKIKAT BAHAGIA.. hihi. Sebenarnya itu adalah tajuk sebuah lagu..oleh UNIC kalo x silap. 
Tiba2 tengah kami sembang2 teringat plak lagu nie.. Sye kata kt Fatin," aku tak ingat sangatlah lagu nie, tapi penah dengar.." haha,hampeh betol.. Lepas tu Fatin la yang tuliskan lirik lagu tu, walaupun ingat2 lupe jgak.. xpela janji tau jugak an sikit2 pun.. :) 
Tadi tengah search2 lagu terjumpa lirik lagu nie..
                                   

..HAKIKAT BAHAGIA.. 
 Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati 
 Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 
 Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 
 Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 
 Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan 
 Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
xkan ku lupa kenangan bersamamu. :)

Cuba la dengar lagu nie.. Kite akan rase bahagia je. :) Sambil2 tu kite boleh ambik pengajaran jugak drpd lirik lagu nie...

~keheBaTaN DoA~


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai
Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Jadi, same2lah kite gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita! ok?! :)

Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa. Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya. (Petikan Buku, Murabbi Cinta)

Dari Abu Hurairah : 
" Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan yang penuh bahawa doa itu akan dikabulkan! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling " (HR At-tirmizi)

Friday, 28 December 2012

..TeNTaNg BiDaDaRi SyuRGa..



"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqi’ah:22)

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin." (Ar-Rahman:56)

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman:58)

"Dalam Syurga itu terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar-Rahman:70)

“Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, yang tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Ar-Rahman:72)

"Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:74)

“KAMI kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (At-Thur:20)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya." (Sad:52)

"Demikianlah keadaannya,  dan KAMI jadikan teman mereka, bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya." (Ad-Dukhan:54)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah matanya." (As-Saffat:48)
 
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan ciptaan istimewa, Dan kami jadikan mereka perawan (yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa). Penuh cinta dan sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah: 35-37)


"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, iaitu kebun-kebun dan buah anggur dan bidadari yang sebaya umurnya.” (an-Naba’: 31-33)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas ra, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya bidadari nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)

Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi saw. bersabda, “Kelompok pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani)


Wallahu 'alam.

credit to: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Thursday, 27 December 2012

Ukhti, I'm iN LovE!..


tet tet tet tetet tetetet…
“ Insya Allah, awak akan belajar melupakan saya, jika awak mula belajar mengingat, apa yang lebih wajar untuk diingat. Maafkan saya, Iman.”-Fazwan


   Separuh menggigil bibir Iman, mengeja patah-patah kata tersebut. Sungguhpun mesej tersebut kelihatan ringkas, ianya cukup padat buat mematah-matah dan menghancur lumatkan hati Iman. Meninggalkan kesan luka yang cukup dalam, sangat membisa, sehingga mungkin luka tersebut tidak akan pernah sembuh lagi.

   Iman mencampakkan telefon bimbitnya ke sisi, kemudian menekapkan mukanya ke bantal, lalu menangis sepuas-puasnya. Semahu-mahunya.



                                                          **************************************


   Nurul Iman menapak perlahan di tepi jalan, langkah diatur satu-persatu, lemah. Sungguhpun suhu badannya sudah tidak setinggi semalam, namun seluruh badannya terasa amat lemah. Dia demam. Dan itu sepatutnya tidak membuatkannya selemah itu tengah hari itu jika tidak disebabkan dia terpaksa menduduki peperiksaan akhir hari itu.

    Semalaman dia terbaring lemah di atas katil, meskipun berkali-kali dia cuba bangun dan membelek-belek buku 'anatomy' nya, kepalanya kembali berdenyut kuat, membantahnya. Dan hasilnya, dia hampir-hampir menitiskan air mata sewaktu menyelak-nyelak helaian kertas peperiksaan. 

   Jujurnya, soalannya tidaklah terlalu sukar, namun, oleh sebab dia tidak membaca apa-apa semalam, fikirannya terasa kosong. Dia hanya menjawab sekadarnya, atau lebih tepat lagi, tidak sampai pun separuh daripada semua soalan tersebut.

   Memang wajarlah dia berasa kecewa. Bidang perubatan bukanlah bidang yang senang, bukanlah bidang yang boleh belajar ala kadar kemudian masuk dewan peperiksaan untuk mendapatkan markah cukup makan.

“Budak medic ni kurang-kurang kena ada otak RAM 4 gig, Hard disk kosong 1 Tera, Medulla Oblongata kena tip-top! hahaha” kata temannya, Ana, seorang pelajar Farmasi.

   Sedang Iman khayal mengelamun itulah tidak disedarinya bahawa dia semakin menghampiri jalanraya. Tidak jauh di belakangnya, sebuah Toyota Hilux yang sedang melaju menghampiri.

   Fazwan yang sedang leka berbual melalui telefon bimbitnya tersentak melihat seorang gadis sedang berada di atas jalan yang lazimnya sibuk dengan kenderaan itu. Sepantas kilat dia berlari dan menarik lengan gadis itu ke tepi.

   Bunyi hon yang kuat dan rentapan di lengannya menyedarkan Iman daripada lamunan. Pemandu Toyota Hilux itu menyumpah-seranah entah apa sebelum melaju pergi.

“Awak ni dah hilang akal ke? Nak bunuh diri tengah-tengah hari ni???” marah pemuda yang baru sahaja menyelamatkannya itu.

“ Err, maaf encik, saya tak perasan tadi. Sorry…”
 tergagap-gagap Iman menjawab.

“Sory apa pulaknya, itu nyawa awak, bukan nyawa saya. Awak ingat awak tu macam dalam cerita dragon ball ke, kalau mati boleh main hidup-hidup balik pakai mutiara naga??? Haila, macam-macam la…”

“Takpe, tak perlu susah-susah terima kasih, sama-sama. Assalamualaikum.” Pemuda itu bergegas berlalu pergi.

“Waa…laikumussalam…”
 belum sempat Iman menjawab, pemuda itu sudah berlalu.


“Hoi, wan, kenapa? Kenapa? Hang okey ka?”
 Suara kaget dari speaker telefon. Terlupa panggilan masih belum diputuskan.

“Takda apa bro, ni ha, ada budak try nak bunuh diri.” Selamba Fazwan menjawab.

“Ek???”

   Iman bergegas pergi, sebelum semakin banyak mata-mata yang memerhati. Daripada sedih, lemah, kini seratus-peratus bertukar malu yang amat. Dia harus segera menyembunyikan mukanya dari khalayak. Harus!


                                                             **********************************


   Begitulah pertemuan kali pertamanya dengan pemuda tersebut. Belum sempat hilang lagi perasaan malu dan segan yang teramat sangat itu, Iman terserempak sekali lagi dengan pemuda tersebut. Kali ini, dengan cara yang berbeza, namun tetap sama. Memalukan.

   Ketika dia sedang bergegas membeli token LRT untuk pulang ke kolejnya, entah bagaimana ketika dia sedang kalut memasukkan wang baki ke dalam beg duitnya, sambil berlari-lari anak bimbang terlepas LRT, dia tercicirkan tokennya itu.


“Err, cik! Nanti! Cik tertinggal ni…” Fazwan melangkah laju, cuba mengejar tampang gadis yang terjatuhkan tokennya itu.

“Err..”
 Iman berhenti mendadak lantas berpusing.

“Eh?”
 kedua-dua mereka serentak kehairanan.

“La, awak lagi… Awak ni hidup memang selalu cuai camni eh?”
Fazwan memulakan kuliah jalanannya.

“Er… sory untuk kesekian kalinya…”


   Begitulah detik-detik pertemuannya dengan pemuda yang kemudiannya diketahui namanya sebagai Fazwan itu. Itulah detiknya, meskipun bukanlah terlalu indah untuk diingat-ingat.

   Dari pertemuan itulah bercambah menjadi perkenalan. Lantas, dalam tidak sedar, memutik, berbuah menjadi satu rasa. Rasa yang aneh. Mungkin cinta, menurut definisi Iman.

   Dahulu, mungkin dialah orang yang paling meluat dan muak dengan kata-kata ‘Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. ‘Geli’ telinganya mendengarnya. Namun, setelah merasakannya sendiri, barulah dia sendiri tahu, betapa kuatnya penangan cinta. Betapa padunya pukulan rindu. Makan, minum, tidur, hanya ada satu rasa; cinta. Belajar, bermain, berjalan, hanya ada satu perisa; rindu.

   Begitulah, bagi orang yang tidak merasanya sendiri, memang tidak akan pernah faham, detik hatinya apabila disindir dan menjadi bahan gurau rakan-rakannya. 

   Berlalulah beberapa ketika waktu, semuanya sudah tidak terasa lagi. Yang terasa sudah tentulah, hanya yang  indah-indah belaka.

    Apatah lagi Fazwan seorang yang romantik. Tak mungkin dilupakannya saat-saat dia mendapat kiriman pos sebuah kotak sederhana besar, yang apabila dibukanya ternyata dipenuhi dengan kuntuman bunga mawar, buat hadiah hari jadinya. Dia menangis terharu, tanpa diketahuinya Fazwan menghabiskan hujung semester itu dengan mee segera dan nasi bujang.

   Sehinggalah beberapa ketika, Iman merasa seperti ada yang tidak kena. Ada yang kurang. Fazwan seperti semakin jauh daripadanya. Atau mungkin, menjauh. Tiada lagi mesej-mesej riang, melainkan dia yang memulakannya dahulu. Tiada lagi panggilan-panggilan rindu, jika dia tidak bertindak dahulu. Namun, itupun, semacam dibalas acuh tak acuh.

   Fazwan sudah tidak seperti dahulu. Lebih banyak alasan daripada janji. Lebih kerap berdiam diri dari memuji. Suaranya pun terasa di telinga Iman seakan kaku tidak bernada, tidak seperti selalunya.

   Hinggalah sampai suatu hari. Semuanya terhenti. Panggilannya tidak berjawab lagi. SMSnya tidak diladeni lagi. Separuh siuman dia berusaha menghubungi Fazwan. Atau setidaknya menghubungi rakan-rakan rapatnya.

                                                              ***********************************


Berita itu bagaikan petir yang memanah gegendang telinganya.

“Iman, Fazwan dah takde kat sini. Member aku bagitau dia pergi student exchange kat Korea. Tak tahu pulakla berapa lama.”Maklum salah seorang temannya.

   Namun Iman tak pernah berputus-asa. Perkataan mengalah ternyata tiada dalam perbendaharaan kamus cintanya. Dia tetap gigih, cuba menghubungi Fazwan. Masakan Fazwan kabur begitu sahaja dari hidupnya.


                                                                *************************************

   
   Hinggalah pada malam itu, dia mendapat sebuah panggilan telefon yang tidak diundang. Diamat-amatinya, nombor asing. Namun bila diangkat, nyata suara yang sopan memberi salam di hujung sebelah sana talian tidak pernah asing daripadanya. Suara Fazwan.

   Namun bukan panggilan itu yang diharap-harapkannya. Bukan panggilan yang memutuskan hubungan mereka yang dinanti-nantinya. Bukan juga panggilan yang menjelaskan sebab-musabab Fazwan harus berpisah dengannya, yang ditunggunya saban hari selama ini.

   Tubuhnya menggeletar dan menggigil, marah, takut, benci, rindu semuanya bersatu. Esak tangisnya mula semakin menjadi-jadi. Segala penerangan, alasan, dan justifikasi Fazwan sudah tidak masuk ke telinganya. Semuanya bagai bendasing yang membawa cemar ke gegendang telinganya.

   Panggilan itu ditamatkan dengan jeritan “Kau PENIPU!!!” oleh Iman, disusuli esakan yang makin menjadi-jadi.


                                                             **************************************


Selang beberapa belas minit kemudian,

tet tet tet tetet tetetet…

“ Insya Allah, awak akan belajar melupakan saya, jika awak mula belajar mengingat, apa yang lebih wajar untuk diingat. Maafkan saya, Iman.”-Fazwan

   Separuh menggigil bibir Iman, mengeja patah-patah kata tersebut. Sungguhpun mesej tersebut kelihatan ringkas, ianya cukup padat buat mematah-matah dan menghancur lumatkan hati Iman. Meninggalkan kesan luka yang cukup dalam, sangat membisa, sehingga mungkin luka tersebut tidak akan pernah sembuh lagi.

   Iman mencampakkan telefon bimbitnya ke sisi, kemudian menekapkan mukanya ke bantal, lalu menangis sepuas-puasnya. Semahu-mahunya.


                                                               ************************************

   Sekian lamanya dia menanggung luka parah. Pelajarannya entah kemana, makan minumnya tak terjaga. Berat badannya susut mendadak. Manakan tidak, kini tiada lagi rasa cinta, tiada lagi perisa rindu. Makan, minum, tidur, semuanya terasa kelat pahit dikhianati dan kecewa.

   Tipulah jika perubahan dirinya itu tidak membimbangkan rakan-rakannya. Namun apa lagi yang boleh mereka lakukan, penyakit hati ini bukannya boleh sewenang-wenangnya boleh disembuhkan dengan dua tiga biji pil ‘pain-killer’. Bukan juga boleh dicairkan dengan hanya beberapa milligram ‘warfarin’.

   Pada suatu tengah hari yang agak redup, jika diamat-amati akan serasa seperti tengah hari yang indah itu pula. Tengah hari bersejarah itu.

   Entah mengapa tengah hari itu Iman tiba-tiba terdetik untuk melalui jalan tersebut, jalan yang sama dia pernah diselamatkan oleh Fazwan setahun dahulu.

   Sedang dia melangkah longlai, ingatan silam kembali menari-nari dalam memori.

   Ain sedang bersantai-santai berjalan. Sekadar ingin ke kedai buku, tidak perlu tergesa-gesa, getus hatinya, ceria. Hari ini dia tidak punya sebarang kelas. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk memanfaatkan waktu dengan mencari buku-buku terbaru di pasaran. Buku yang bermanfaat pastinya.

   Tiba-tiba, hampir gugur jantungnya melihatkan situasi di hadapan matanya.

“ADIK!!!!” dia gegas menarik seorang gadis muda, mungkin dua atau tiga tahun muda daripadanya, yang sedang berjalan betul-betul di atas laluan kenderaan.

   Iman tersentak apabila tiba-tiba terasa tangannya ditarik seseorang. Mulanya dia menyangka dia sekadar berhalusinasi, mengulang peristiwa silam. Namun setelah kedua-dua mereka terduduk di tepi jalan tersebut, barulah dia tersedar. Dia di alam realiti.

“Ya Allah! Apa adik buat kat tengah jalan tu?? Bahaya tau!” seorang gadis bertudung hijau muda, mungkin tiga atau empat tahun lebih tua darinya, memarahinya. Mungkin bukan marah, tapi lebih kepada prihatin.

“Maaf kak, saya tak perasan tadi.” Jawab Iman acuh tak acuh.

“Haisy, sayang nyawa la adik oi, kita ni bukannya kucing, ada sembilan nyawa, kita ada satu je. Hah kucing pun kalau kena langgar pun mati tau tak! Kalau kemalangan tadi, sapa yang susah?”

“Adik tak apa-apa ke ni?” nadanya mula bertukar kepada prihatin, mungkin kasihan.

“It’s okay kak. Sekali lagi saya ucap terima kasih banyak-banyak selamatkan saya.” Ujar Iman. Sebuah senyuman cuba diukir. Plastik.

“Oh, takdehal… nama akak, Ain. Boleh panggil Kak Ain.”

“Iman.”

“Amboi, sedapnya nama, haha.” Senyum. Ikhlas.


                                                            **************************************


   Jika dihitung-hitung dengan jari, ternyata tidak dapat dihitung, kerana sudah sebelas bulan sejak kali pertama dia bertemu dengan Kak Ain. Dan juga sudah hampir masuk enam bulan sejak dia berpindah masuk ke rumah sewa Kak Ain dan rakan-rakannya.

   Sejak berkenalan dengan Kak Ain, dia terasa bertemu kembali dengan cahaya kehidupan yang telah lama hilang. Jujurnya, pada awalnya tiada apa-apa pun perubahan kepada dirinya sejak peristiwa diselamatkan Kak Ain tersebut. Masih tetap tidak mensyukuri nikmat dipanjangkan nyawa oleh Allah S.W.T. Masih seperti dahulu.

   Namun Kak Ain gigih merapati. Mulanya dia jadi hairan, kenapa secara tiba-tiba seorang yang tidak pernah dikenalinya selama ini tiba-tiba jadi mesra dan cuba mendekatinya. Curiga ada, syak apatah lagi. Namun setelah sekian lama, sedikit demi sedikit dia berasa selesa. Rasa percaya.

Dia semakin yakin, Kak Ain datang menawarkan cahaya.

   Lama-lama, rasa sayang mula menumbuh. Bukan selama ini, dia tidak punya seorang kakak, namun Kak Ain ternyata lain. Belum pernah dia jumpa orang yang begitu mengambil berat akan dirinya seperti Kak Ain. Dan tentu sahaja selepas Fazwan.

   Mengenali Kak Ain, dahulu dia yang hanya sekadar mengenal sejadah, kini jadi mula mengenal Tuhan. Apabila ternyata dia tidak lagi diterima untuk tinggal di kolej kediaman, Kak Ain menawarkan untuk tinggal bersamanya. Dan entah kenapa, tanpa berfikir panjang, dia bersetuju.

   Tinggal bersama Kak Ain, dia mula mengenali teman-teman serumah Kak Ain. Ternyata mereka juga satu ‘spesies’ dengan Kak Ain. ‘Spesies’ yang mudah mesra dengannya. ‘Spesies’ yang baik. Terutama dengan ‘adik-adik’.

   Jujurnya, bukan mudah untuk Kak Ain membimbingnya. Namun ternyata kamus perjuangan Kak Ain juga tercicir perkataan ‘putus-asa’. Malah menurut Kak Ain ikhlas, dialah antara ‘adik’nya yang paling liat. Paling degil.

“Tapi yang paling liat ni la yang Kak Ain paling sayang kan…” sakat Iman.

  Dengan Kak Ain, dia tidak selindung apa-apa. Kak Ain jadi tempat dia meluahkan masalahnya. Malah, kisah ‘Fazwan’ juga turut dikongsinya bersama Kak Ain. Dalam derai air mata.

   Dengan Kak Ain, dia belajar banyak perkara. Hidup bukan hanya sekadar berputar di sekeliling dirinya. Banyak lagi masalah-masalah lain yang harus dihadapinya. Bukan sekadar masalah cinta. Bukan dia seorang sahaja watak utama dalam pentas lakonan dunia ini….

Tok tok tok. Bunyi pintu biliknya diketuk.

Tidak lama kemudian muka bujur Kak Ain menjenguk.

“Hai adik Nurul Iman binti Hasyim, tengah buat apa tu? Boleh akak masuk?”

Lamunannya terhenti. Pandangannya kembali dijatuhkan ke atas buku ‘Hari-hari Dalam Hidupku’ yang sekadar dibukanya tadi.

“Masuklah Kak Ain…” dia tersenyum gembira.

“Hai mengelamun jauh nampak. Sampai mana? Korea?” Kak Ain membalas senyumnya.

“Kak Ain, Iman nak cakap sikit ni…” Iman tersenyum penuh makna. Muka Kak Ain berubah kehairanan.

“Apa?”

“Iman, erm, Iman rasa, ermm…”

“Rasa apa?” Kak Ain memotong tidak sabar.

“Ukhti, I think I’m in love.” Senyum Iman melebar.

Berkerut dahi Kak Ain. Kak Ain menarik nafas. Berat.

“Again???”

“Yup…”


“…With Allah and Rasul.” Senyum Iman masih belum pudar.
Kerut di dahi Kak Ain hilang ghaib entah ke mana.

“…and dakwah. And tarbiyah.”
Senyum mula tersungging di bibir Kak Ain.

“And of courselah, with my lovely akak, Kak Ain!!!” Iman mula tersengih.

   Kak Ain mara memeluknya. Buat beberapa ketika, mereka berdakapan erat. Dakapan ukhwahfillah tentunya. Ukhuwah yang murni kerana Allah semata.


                                                         **************************************

“Kak Ain datang bilik Iman ni kenapa?”
“Jom!”
“Mana?”
“Jalan yang sumpah panjang, penuh pancaroba dan dugaan, ujian usah cakap lah, tak terkira. Ada berani?”
“Insya Allah. Tadehal punya, hahaha.”
                                                        *************************************

   Iman menggagau telefon bimbitnya. Menghidupkannya lantas membuka kotak mesej. Mencari-cari mesej lama. Akhirnya berjumpa.

“ Insya Allah, awak akan belajar melupakan saya, jika awak mula belajar mengingat, apa yang lebih wajar untuk diingat. Maafkan saya, Iman.”
-Fazwan

Dia menekan ikon berbentuk seperti tong sampah. Memadam.
               
“Insya Allah, saya dah belajar.” Gumamnya dalam hati.


credit to: http://karteldakwah.blogspot.com

Tuesday, 25 December 2012

..Di JaLaN DaKWaH iNi..


DI JALAN DAKWAH INI..
“Akh, biar apa pun yang terjadi, ana tetap bersama antum.”
“Ana harap, ana dapat ikut usrah dengan akhi sampai bila-bila.”
“Ana harap akhi akan terus membimbing ana.”
“Akhi, kalau ana keluar dari jalan dakwah, tolong tampar ana sampai ana sedar.”
Itulah antara dialog bagi mereka-mereka yang mula meletakkan cinta mereka pada pengislahan atau pembaikan diri. Mula meletakkan sebahagian atau sepenuhnya daripada tujuan hidup mereka untuk tarbiyah dan dakwah. Tapi, selalu juga kita dengar dialog seperti,
“Akh, ana tidak bersama antum lagi.”
“Akh, ana nak hold dulu halaqoh.”
“Akh, ana rasa ana tak mampu nak jadi seperti antum.”
Dan lebih malang dan sedihnya apabila ayat yang kedua ini keluar daripada lidah mereka yang mengucapkan ayat-ayat yang pertama tadi.
Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.
“Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini.”
OK. Cuba kita duduk dan perhatikan sebentar. Alasan-alasan tadi selalu kita dengar daripada orang yang asalnya aktif dalam berbuat kebaikan, kemudian dia memilih untuk berhenti atas alasan-alasan tadi.
“Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini.”
Tapi, pernah tidak kita dengar orang yang main games atau kaki movie atau taik couple merungut dengan apa yang mereka perbuat, kemudian menggunakan alasan-alasan tadi untuk meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat tadi?
“Aku tidak ikhlaslah main games. Delete-lah.”
“Samalah, aku rasa tidak layak untuk tengok movie. Tutuplah.”
“Itulah, aku pun rasa tidak sucilah untuk bercouple. Clash-lah.”
Pernah?
Mungkin ada, tapi berapa ramai jika kita mahu bandingkan dengan mereka-mereka yang lebih suka beralasan dalam melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan?
Lagi satu, pernah tidak kita dengar orang kata,
“Akh, doakan ana istiqomah dalam bercouple ya!”
Atau,
“Akh, doakan ana tsabat atas jalan games!”
Pernah? Kenapa tidak pernah? Kerana dalam nak melakukan perkara-perkara maksiat, manusia memang tidak perlu diajar cara-cara untuk istiqomah. Automatik reti! (tahu) Tapi, kalau dalam hal-hal kebaikan, hal-hal keislaman?
“Akh, doakan ana istiqomah atas jalan tarbiyah.” Atau,
“Akh, doakan ana tsabat dalam memperbaiki diri.”
Ha.. Ini selalu kita dengar. Sebab apa? Sebab memang hakikatnya untuk duduk atas jalan tarbiyah ini memang perit.
Bukanlah salah kalau kita mengharapkan doa daripada ikhwah atau akhwat kita untuk terus tetap, teguh, isitqomah dan beristimrar atas jalan dakwah, jalan tarbiyah ini. Bagus dan sangat bagus! Cuma, saya mahu ajak kita semua berfikir bahawa, memang atas jalan dakwah dan tarbiyah ini akan ada banyak ujian dan cabaran berbanding kalau kita nak hidup atas jalan hidup sia-sia, buang masa, maksiat dan lain-lain.
Orang akan tuduh kita macam-macam. Gila, sesat, tok lebai, bajet baik, rigid, radikal, ekstrim dan lain-lain. Orang akan ancam kita macam-macam. Nanti kena tangkap polis, tarik scholar, miskin, tak laku.
Pada saya, biasalah itu. Rasulullah SAW dituduh gila, sesat, ahli sihir.
Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan, “Dia itu pesihir atau orang gila
(Surah Az-Zariyat ayat 52)
Allah berfirman lagi;
Dan sesungguhnya orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan engkau dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar peringatan dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad saw) benar-benar seorang yang gila
(Surah Al-Qalam ayat 51)

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah diancam bunuh, dipulaukan oleh saudara-mara dan masyarakat.
Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan.”
(Surah al-Anfal ayat 30)

Tapi, Rasulullah tidak pernah sesekali berkata;
“Ya Allah, aku nak berehat. Nanti bila dah ready, aku join balik!”
Pernah?
Ada ikhwah bercerita mengenai keluarga dia yang menegurnya kerana clash dengan couple dia,
“Kamu ini kenapa clash, tak kasihankah pada dia?”
Kawan-kawan pula,
“Weyh, kalau dia bunuh diri macam mana?”
Hati diri sendiri pun berkata-kata,
“Betul juga, dulu aku yang bagi harapan pada dia.. Hmm..”
Konklusinya, di jalan dakwah ini tetaplah ikhlaskan niat kita. Berbuat dan terus berbuat kerana mencari cinta Allah dan mengharapkan keredhaan Allah.Tingkatkan amal, jaga hati baik-baik, jaga mata dan sibukkan diri dengan hal-hal berfaedah. Melemah itu biasa, tapi kalau rasa diri itu mula negatif nilai imannya, cepat-cepatlah bina balik.
Tinggalkan sahaja benda-benda maksiat yang akan menghambat perjalanan kita menuju syurga.

“Kalau datang balik macam mana? ”
“Buat tak tahu saja. Nanti dah lama-lama, dia boring, hilang lah tu.” =)
“Sampai bila?”
“Sampai Islam itu menang atau kita mati kerananya.”
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui, Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga ‘Adn.
Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.”
(Surah As-Saff ayat 10-13)

credit to: http://dakwat.org