Assalamualaikum. Salam Sayyidul Ayyam.. :)
Alhamdulillah semalam dh berakhir induction utk semua comittee2 kt CFS IIUM Gombak sem 3 nie.. Banyak yg nak dikongsikan tentang program yg berlangsung.. Tp xpela,share sikit2 je lah.. :) Ade 1 slot yg disampaikan oleh wakil MRC iaitu dari Bro. Muzammil dgn tajuk yg cukup dekat dgn khidupan pelajar2 di UIA nie iaitu "BI'AH SOLEHAH.." Sebenarnya tujuan slot tu diadakn pn utk menerapkn lg suasana Bi'ah solehah kt mahallah maryam nie.. :).
Gambar kt atas nie adalah contoh2 tentang Bi'ah solehah, iaitu persekitaran yg baik yg akan mendidik kita menjadi baik.. Kiranya kalau contoh dlm suasana kehidupan kita sekarang nie adalah apabila kita melihat seseorang itu membuat perkara mungkar, akan terasa janggal. Dan apabila kita melihat seseorang itu membuat kebaikan, akan terasa cemburu. Kita pun nak jugak buat. :)
Bro. Muzammil ada memberi 1 analogi iaitu : Apa akan terjadi apabila secawan air dimasukkan ke dalam peti sejuk beku yang mengandungi beberapa ekor ikan?.. Jawapannya mestilah air akan berbau ikan, betul tak?..
Jadinya itu membuktikan persekitaran sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang, dan betapa pntingnya Bi'ah solehah dalam membentuk peribadi seseorang muslim itu.
Kenapa perlunya Bi'ah solehah nie? Pertamanya untuk amar ma'aruf nahi munkar.
Ok, nak tanya 1 soalan.. Mana lebih senang nk buat, buat kebaikan atau mencegah kemungkaran??..haaa. Ada org ckp mncegah kemungkaran lg senang,buat kebaikan lg susah.. Tp sebenarnya, mncegah kemungkaran lah lg susah betul tak?,, contohnya, kita nak buat kebaikan dgn ajak kwn kite gi solat bjemaah. " Mira, jom gi solat kt surau.." tp tak semestinya dia akan ikut kite kn.. Bila2 masa pn kite boleh buat kebaikn.. Tp kalau nak cegah kemungkaran?, susaaah sgt. Contoh, time kite jalan2 tiba2 terserempak dgn org yg tgh 'dating'.. Kalau kite berani, tegurla.. Tp selalunya susah sgt nk tegur..Walaupn tu orang yg kite kenal.. Betul tak.. Jd sbagai pnyelesaiannya, yang senang kite teruskan, yang susah tu kite cuba senangkan..:)
Ok, yang keduanya untuk mengukuhkan hablumminallah & hablumminannas.
Dan yang terakhirnya untuk mndapat keberkatan dr Allah..:)
..ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS..
Atau dalam bahasa arabnya, QUDWAH QABLA DAKWAH.. Kadang2 dalam khidupan kite sekarang ni, perbuatan kite akan lebih dinilai berbanding nasihat kite.. Masyarakat sering melihat siapa yg memberi, bukan apa yang diberi.. Itulah realiti kehidupan sekarang.. Sejajar dengan itulah pentingnya kite memperbaiki diri kite dulu dlm masa yg sama memperbaiki orang lain.. Sebab kadang2 prbuatan baik kite jarang diingati tetapi sekali kite berbuat jahat, mungkin akan diingati smpai bila2.. Jadi marilah kite sama2 cuba memperbaiki diri agar Bi'ah solehah lebih senang utk diwujudkan dlm sesuatu komuniti tu.. :)
..HATI & MINDA..
Minda kena sentiasa positif.. Contohnya, kita jangan cakap "sya tak nak tidur lepas subuh." Sepatutnya kita cakap "sya akan segar lepas subuh.." :). THINK positive, BE positive, and ACT positive.. Lupakan masa silam yang hitam.
..AURAT..
..3S ( Senyum, Sapa, Salam )..
Cuba amalkan.. :)
Rasenye tu je kot perkongsian setakat nie.. :)
Bi'ah Solehah, Ohsem!!!! :D

.jpg)
.jpg)



.jpg)