
Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai
dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung
labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai
jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit
namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup
aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar
kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya
berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan
mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan
lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya
oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud
saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak
mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk
melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang
ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu
bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh
kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan
menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan
mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan
…..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun
membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara
dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab
orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah
terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang
tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah
dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk
Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang
mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan
yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami
dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui
perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang
wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang
jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya
dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama
dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung
jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah
Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita
tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka
dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia
tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah
lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi
dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam
neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham
maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada
seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah
..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang
perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata
orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang
mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud
awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat
amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala
dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah
menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita
dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan
pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan
dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika
tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita
mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada
lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak
matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga
kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita
ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas
dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang
lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu
dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa
orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan
oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis Liberal :
“Oh ye
ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang
bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the
liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat
dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah
sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar
baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi
kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta
…kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t
make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan
hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita
kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai
tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai
ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah
macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami
yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin
jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar
penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn
oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita
dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya
akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan
senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya
“The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya
berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk
saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis
di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di
akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa
insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa
saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
Sumber: Informasi My | Layari Artikel Agama Informasi Malaysia Kini