Friday, 14 December 2012

..Cinta yang Sempurna..

sumber: GenQ isu 14


     "Abah tak izinkan kamu berkawan dengan jantan seperti itu! Dia berniat jahat pada kamu!" jerkah Aslam kepada anaknya Atirah.
     "Abah tak boleh tuduh Awie jahat, abah takde bukti! Dia cintakan saya, abah sebenarnya yang mahu menyekat kebebasan saya!"
     "Tie, budak Awie tu cuba hasut kamu. Dia mahu kamu berbalah dengan abah. Dia mahu kamu lari dari rumah. Sebab dia mahu jahanamkan kamu. Tengok, dahulu kamu pakai tudung elok. Baju menutup aurat. Sekarang tengok! Baju ketat, seluar ketat. Abah tak akan izinkan sesiapa pun rosakkan anak yang abah jaga  sejak kecil dengan kasih sayang," tegas Aslam.
     "Saya tak kira, saya nak jumpa juga Awie!"
Dia melangkah keluar.Aslam menarik tangan Atirah dan...pang! Atirah terjatuh ke lantai.
     "Abah! Sampai hati...." Atirah menangis. Bibirnya berdarah. Aslam kesal kerana terpaksa menampar anak tunggalnya.
     "Masuk dalam bilik kamu! Masuk!" Atirah mecak, dia masuk ke bilik dengan segunung kebencian.
Aslam terduduk memandang tangannya. Pertama kali dia menampar Atirah sekuat itu. Bukan benci, tetapi sayang. Dia tidak rela melihat anaknya diperbodohkan oleh mat rempit seperti Awie.
     "Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak mahu menjadi dayus. Aku tidak sanggup melihat anakku dihumban ke dalam neraka bersama lelaki yang fasik." Aslam berdoa. Dia terfikir untuk memperbaiki suasana.
     "Ada baiknya jika aku belikan kek, Atirah suka makan kek. Pasti dia akan lebih tenang nanti." Aslam senyum, dia bingkas bangun dan keluar ke kedai.
Atirah menjenguk ke ruang tamu. Abahnya sudah tiada. Dia cepat-cepat melangkah keluar membawa beg pakaian. Dia mahu lari dari tempat yang dirasakan seperti neraka itu. Dia mahu bebas bersama Awie. Baginya, abah adalah penjaga yang teruk. Awie adalah cinta dalam hidupnya. Atirah menelefon Awie agar mengambilnya segera. Awie datang dan membawanya pergi. Awie membawanya ke sebuah pangsapuri. Sebaik dia memasuki rumah tersebut, kelihatan beberapa pasangan luar nikah sedang terbaring. Kelihatan di tepi dinding alat suntikan seperti dadah.
      "Awie, ini rumah siapa? Mereka ini siapa?" Atirah curiga. Hatinya mula diserbu rasa takut.
      "Oh, ini tempat kita lepak beramai-ramai. Itu semua, teman tidur kita orang."
      "Awak cakap, awak nak kahwin dengan saya. Bukan jadi teman tidur awak. Saya rasa,  saya nak balik." Atirah berpusing. Awie menarik tangannya.
      "Nantilah dulu, awak baru sampai. Rehatlah dulu."
      "Tak nak!" Atirah menyepak Awie dan berlari keluar. Dia sedar, dia memang ditipu oleh Awie. Dengan pantas dia berlari turun. Awie mengejarnya, "Kau takkan terlepas!" Dalam ketakutan, Atirah berlari melintas jalan. Bang! Dia dilanggar sebuah kenderaan. Pandangannya berpinar, dia pengsan. Aslam baru pulang membawa kek kegemaran Atirah. Dia masuk dan mengetuk pintu bilik anaknya.
       "Atirah, abah minta maaf. Abah sayangkan kamu. Maafkan abah sebab menampar kamu, abah tak sengaja."
Diam, ucapannya tidak berbalas. Dia menolak daun pintu. Atirah tiada! Aslam panik!
 Kring!! Telefon bimbitnya berdering. Dia menyambut panggilan. Wajahnya berubah pucat.                     "Ya Allah! Atirah kemalangan!" Dia segera bergegas ke hospital.
                                                          ***********************
Atirah bermimpi, dia melihat wajah abahnya tersenyum manis. "Abah sayang kamu", dan Atirah berlari memeluk abahnya. "Atirah sayangkan abah juga, maafkan Atirah", lalu bayangan abahnya hilang dalam pelukan.
Atirah terjaga, dia sedang terbaring di atas katil hospital. Seorang doktor datang dan berdiri di sebelahnya. Dia memeriksa keadaan Atirah. "Kamu perlu berehat di sini beberapa hari. Keadaan kamu stabil." Atirah pasrah, dia menunggu abahnya muncul. Tetapi setelah beberapa hari abahnya tidak juga muncul. Barangkali abahnya masih marah terhadapnya.
Suatu hari, doktor datang kepadanya dengan membawa sekeping surat."Abah tak boleh tuduh Awie jahat, abah takde bukti! Dia cintakan saya, abah sebenarnya yang mahu menyekat kebebasan saya!"  "Tie, budak Awie tu cuba hasut kamu. Dia mahu kamu berbalah dengan abah. Dia mahu kamu lari dari rumah. Sebab dia mahu jahanamkan kamu. Tengok, dahulu kamu pakai tudung elok. Baju menutup aurat. Sekarang tengok! Baju ketat, seluar ketat. Abah tak akan izinkan sesiapa pun rosakkan anak yang abah jaga  sejak kecil dengan kasih sayang," tegas Aslam.     "Saya tak kira, saya nak jumpa juga Awie!"Dia melangkah keluar.Aslam menarik tangan Atirah dan...pang! Atirah terjatuh ke lantai.     "Abah! Sampai hati...." Atirah menangis. Bibirnya berdarah. Aslam kesal kerana terpaksa menampar anak tunggalnya.     "Masuk dalam bilik kamu! Masuk!" Atirah mecak, dia masuk ke bilik dengan segunung kebencian.Aslam terduduk memandang tangannya. Pertama kali dia menampar Atirah sekuat itu. Bukan benci, tetapi sayang. Dia tidak rela melihat anaknya diperbodohkan oleh mat rempit seperti Awie.     "Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak mahu menjadi dayus. Aku tidak sanggup melihat anakku dihumban ke dalam neraka bersama lelaki yang fasik." Aslam berdoa. Dia terfikir untuk memperbaiki suasana.     "Ada baiknya jika aku belikan kek, Atirah suka makan kek. Pasti dia akan lebih tenang nanti." Aslam senyum, dia bingkas bangun dan keluar ke kedai.Atirah menjenguk ke ruang tamu. Abahnya sudah tiada. Dia cepat-cepat melangkah keluar membawa beg pakaian. Dia mahu lari dari tempat yang dirasakan seperti neraka itu. Dia mahu bebas bersama Awie. Baginya, abah adalah penjaga yang teruk. Awie adalah cinta dalam hidupnya. Atirah menelefon Awie agar mengambilnya segera. Awie datang dan membawanya pergi. Awie membawanya ke sebuah pangsapuri. Sebaik dia memasuki rumah tersebut, kelihatan beberapa pasangan luar nikah sedang terbaring. Kelihatan di tepi dinding alat suntikan seperti dadah. "Awie, ini rumah siapa? Mereka ini siapa?" Atirah curiga. Hatinya mula diserbu rasa takut.  "Oh, ini tempat kita lepak beramai-ramai. Itu semua, teman tidur kita orang."   "Awak cakap, awak nak kahwin dengan saya. Bukan jadi teman tidur awak. Saya rasa,  saya nak balik." Atirah berpusing. Awie menarik tangannya.  "Nantilah dulu, awak baru sampai. Rehatlah dulu."    "Tak nak!" Atirah menyepak Awie dan berlari keluar. Dia sedar, dia memang ditipu oleh Awie. Dengan pantas dia berlari turun. Awie mengejarnya, "Kau takkan terlepas!" Dalam ketakutan, Atirah berlari melintas jalan. Bang! Dia dilanggar sebuah kenderaan. Pandangannya berpinar, dia pengsan. Aslam baru pulang membawa kek kegemaran Atirah. Dia masuk dan mengetuk pintu bilik anaknya.  "Atirah, abah minta maaf. Abah sayangkan kamu. Maafkan abah sebab menampar kamu, abah tak sengaja."Diam, ucapannya tidak berbalas. Dia menolak daun pintu. Atirah tiada! Aslam panik! Kring!! Telefon bimbitnya berdering. Dia menyambut panggilan. Wajahnya berubah.  "Ya Allah! Atirah kemalangan!" Dia segera bergegas ke hospital.                                                           
                                                          *********************** 
Atirah bermimpi, dia melihat wajah abahnya tersenyum manis. "Abah sayang kamu", dan Atirah berlari memeluk abahnya. "Atirah sayangkan abah juga, maafkan Atirah", lalu bayangan abahnya hilang dalam pelukan.Atirah terjaga, dia sedang terbaring di atas katil hospital. Seorang doktor datang dan berdiri di sebelahnya. Dia memeriksa keadaan Atirah. "Kamu perlu berehat di sini beberapa hari. Keadaan kamu stabil." Atirah pasrah, dia menunggu abahnya muncul. Tetapi setelah beberapa hari abahnya tidak juga muncul. Barangkali abahnya masih marah terhadapnya.Suatu hari, doktor datang kepadanya dengan membawa sekeping surat.    "Abah kamu tidak dapat mengambil kamu. Dia kirimkan surat ini. Bacalah."


Atirah,tidak mudah untuk abah membuat keputusan ini. Tetapi abah percaya inilah yang paling baik. Abah   mungkin tidak dapat mendidik kamu dengan sempurna, tetapi...abah mencintai kamu dengan sepenuh hati. Selepas hari ini, abah tidak akan menjaga kamu lagi. Abah sudah berpesan kepada keluarga angkat untuk menjaga kamu. Jika kamu menerima surat ini, bererti pemindahan buah pinggang abah kepada kamu sudah berjaya. Juga bermakna, abah sudah tidak ada di dunia ini lagi. Abah bahagia ada anak seperti kamu. Abah doakan agar kamu menjadi anak solehah, yang sentiasa mendoakan abah di alam sana.
Abah sayang Atirah.

      "Abah!" Atirah menangis dan meraung. Dia kesal atas kesilapannya. Selama ini, dia gagal menilai cinta sesempurna abahnya. "Abah...maafkan Atirah!"

No comments:

Post a Comment