Friday, 21 December 2012

::WarKaH BuaT MURaBBiKU::


Wahai murabbiku,
Sudikah anti mendengar tinta bicaraku ini,Ianya mungkin bicara kosong yang datang dari hari yang berbicara,
Tatkala dirimu hadir dalam babak hidupku,Di suatu medan,Daku mula kenal ungkapan perjuangan,Kemudian ku mula mendalami erti perjuangan itu,Daku mula sedar apa itu berjihad,Kemudian ku lalui jalan jihad itu,

Daku mula kenal apa itu dakwah,Kemudian ku menyedari erti sebenar dakwah itu,Daku mula kenali erti pengorbanan sebenar,Daku mula sedar kepentingan amanah dalam islam,Daku mula mengerti erti sahabat sejati,Segalanya mengajarku tentang erti keindahan islam sebenar,Segalanya indah,

Wahai murabbiku,
Segalanya indah bila dikaitkan dengan islam,Engkau telah mengajarku erti kehidupan dalam perjuangan islam,
Sebelum ini,Daku hanya mendengar dan berbicara mengenainya,Tanpa mengerti makna dan hakikat sebenar,
Sekarang ini,Daku sudah memahami, menyedari dan melaluinya sendiri,Segalanya kearah menuju yang satu,Jalan menuju kepada Pencipta,
Seandai diizinkan Sang Pencipta,Ingin sekali daku mengikuti jejak langkahmu,Menjadi MUJAHIDAH pejuang agama ALLAH...

Wahai murabbiku,
Adakah daku layak ketahap itu,Daku ini lemah tidak setabah yang disangka,Daku masih memerlukan bimbingan dan doronganmu disisi,Perjalananku masih jauh lagi,Daku tidak kuat untuk meniti jalan ini,Memang benar ALLAH sentiasa bersama kita,
Murabbiku,Kadangkala kekuatan itu datang dari insan yang dekat dengan hati kita,Insan yang selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat serta bimbingan mendidik jiwa,Insan yang selalu mengajar kita mengigati ALLAH dalam apa jua keadaan,Insan yang mengajar diriku mengenal erti segalanya dalam dakwah islam,

Insan yang ku maksudkan adalah dirimu...Seorang insan yang bergelar murabbi,Tapi itu cumalah gelaran yang disandang,Kerana dirimu memainkan segala peranan,sebagai IBU, KAKAK, TEMAN, KAWAN, dan juga SAHABAT,Moga langkah perjuangan ini tiada titik noktahnya,

wahai murabbiku,Janganlah hatimu gusar,Kerana ini adalah sekadar luahan hati kecil mutarabbimu sahaja,Moga impian kita akan tercapai suatu hari kelak,Moga ALLAH meredhai impian menuju jalanNya ini....AMINN YA ROBBAL ALAMINN

No comments:

Post a Comment