Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya.
Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya.
Ia hanya perlukan ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.
WANITA ITU KUAT..
Ia mampu tetap tersenyum kala terhiris hatinya.
Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan.
Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.
WANITA ITU PEMBERI SEMANGAT..
Ia dapat menjadi penyokong sejatimu seumur hidup.
Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mulai menyerah.
Ia akan tetap menyokongmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.
WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN..
Ia akan memaafkan ketika engkau cuba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau cuba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau cuba memarahinya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.
BUKAN KERANA IA BODOH..
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.
BUKAN KERANA IA LEMAH..
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.
Wanita diciptakan dari tulang rusukmu wahai kaum Adam.
Maka jagalah kehormatan mereka.
Naikkanlah darjat mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu.
Mereka tidak ingin berada diatasmu tapi ingin selalu di sampingmu.
Maka hargailah wanita..
Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yg engkau contohkan.
Cintailah mereka seperti mereka yg selalu setia mencintaimu.
Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah sebahagian dari ragamu.
Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah iaitu menggapai Redha_Nya.


No comments:
Post a Comment