Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak bohongnya,Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya,
Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara'nya,Sesiapa yang kurang wara'nya nescaya mati hatinya..
Apabila hati seseorang itu telah mati, seseorang itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk daripada Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa dipenuhi dengan melakukan dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH.
"Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa yang besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah adalah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia." -Imam Al-Ghazali-
Hmmm,,sudah jelas lagi bersuluh kan lidah tu memang amat bahaya..sebab tu la ade pepatah mengatakan, 'kerana mulut badan binasa'.. Melalui mulut dan lidah ni la bnyak berlakunya FITNAH, PERGADUHAN,CACIAN, UMPATAN dll..nauzubillahiminzalik. Lagi satu, bile bercakap psal lidah dn mulut nie selalu sgt dikaitkan dengan perempuan,,ish3..orang selalu cakap, perempuan ni kalau berckap mesti mengumpat je kejenye..hmm,betul ke prempuan je yang selalu buat dosa dengan mulut ni??, Pendapat sye lelaki pun selalu jugak sbenarnye, mencarut ngn mngutuk tu ape??,,haaa..Kesimpulannye semua manusia tak kira lelaki ke prempuan kena la jage mulut msing2, betul x..sama2 la kite menjaga stiap tutur kata kite lepas ni,ok?? :)

No comments:
Post a Comment